Powered By Blogger

Ahli

Rabu, 3 November 2010



4H 3M MEDAN TASIK TOBA

HARI PERTAMA ( MM )

Bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas menuju ke Medan.Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pollonia akan di sambut oleh wakil kami di sana bersama pemandu pelancong,makan tengahari di Restoran tempatan,meninggalkan Medan untuk menuju Tebing Tinggi & Permatang Siantar melalui ladang kelapa sawit dan kehijauan di persekitaran,makan malam di Hotel penginapan.

HARI KEDUA ( SP,MT,MM )

Selepas sarapan pagi,rombongan akan di bawa menggunakan bot melalui Tasik yang dipanggil Tasik Toba untuk menuju ke Somasir Island,sebuah perkampungan kaum Batak.Di sini rombongan dapat melihat sendiri kerusi dan meja batu yang masih kekal semasa zaman kegemilangan Raja berkenaan ,ianya di gunakan untuk persidangan raja-raja pada masa itu.Makan tengahari di Restoran tempatan,balik ke Bersatagi,pada tengahari dan meneruskan lawatan ke Permatang Purba.Di sini kita dapat menyaksikan sendiri rumah milik keluarga kaum Batak yang dikenali sebagai Simalung Bataks,perhentian seterusnya adalah di Piso-piso sebuah kawasan air terjun yang cantik di mana kawasan ini di kenali sebagai Karo Hightland,bermalam di Hotel Bersatagi,makan malam di Hotel penginapan.

HARI KETIGA ( SP,MT,MM )

Selepas sarapan pagi rombongan akan di bawa melihat sendiri gambaran sebenar Gunung berapa yang masih aktif yang di kenali sebagai Mt Sinabung & Mt Sibayak dalam perjalanan akan berhenti di satu kawasan di mana di sana kita dapat manikmati buah-buahan tempatan antaranya marquisa,pipah,binjar,buah hutan dan macam-macam lagi,menuju ke Medan di sana rombongan akan di bawa melawat ke rumah rasmi sultan Deli & Masjid Agung dan membeli belah di kawasan Pajak Ikan bermalam di Medan.

HARI KEEMPAT ( SP )

Sarapan pagi,seterusnya acara bebas sebelum di hantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia untuk kembali ke Pulau Pinang.

HARGA PAKEJ RM455.00

HARGA PAKEJ TERMASUK

- Penginapan di hotel bertaraf 3***

- Makanan 3x sehari ( sarapan pagi,makan tengah hari dan makan malam )

- Lawatan mengikut jadual

- Entrance masuk

- Pemandu pelancong

Tiada ulasan:

Catat Ulasan