Powered By Blogger

Ahli

Selasa, 20 Julai 2010

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia...



Promosi hebat!!!

Sungguh menakjubkan...Inilah realiti..
UMRAH DAHULU BAYAR KEMUDIAN..
Deposit hanya bermula dari RM2000 sahaja mengikut syarat dan terma mengikut pakej dibawah tajaan..
Jangan lepaskan peluang ini...
Hubungi kami untuk keterangan dan maklumat lanjut..

Isnin, 19 Julai 2010

12 HARI / 9 MALAM PAKEJ UMRAH / KAHERAH PENERBANGAN SAUDIA


(Berlepas pada hari Sabtu)

HARI 01 - KUALA LUMPUR/ JEDDAH
Berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abd. Aziz, Terminal 1 Subang ke Jeddah dengan penerbangan Saudia jam 5.30 petang.
HARI 02 - JEDDAH/MADINAH
Setibanya di Jeddah, anda disambut oleh wakil ITT dan anda dapat berehat sebelum urusan penerbangan sambungan ke Madinah.Di Madinah, anda disambut dan dibawa ke hotel.Selepas berehat anda di bawa menziarahi Makam Rasullah S.A.W.
HARI 03 - MADINAH
Melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar Kota Madinah Seperti di perkuburan Baqi, masjid Quba,Jabal Nur, Masjid Qiblatin, Masjid tujuh dan akhir sekali ke Pasar Tamar untuk membeli belah.
HARI 04 - MADINAH / JEDDAH/MAKKAH
Selepas Tawaf Selamat Tinggal, anda memakai ihram dan di bawa ke Lapangan Terbang Madinah untuk berangkat ke Jeddah dengan penerbangan Saudia. Setibanya di Jeddah,anda disambut dan dibawa ke Makkah denga kenderaan yang berhawa dingin untuk mengerjakan Umrah.
Hari 05 - MAKKAH
Anda dibawa melawat tempat- tempat bersejarah di sekitar Kota Makkah seperti Jabal Thur, Jabal Nur, Padang Arafah, Mudzalifah,Mina dan akhir sekali ke Tanaim sebelum kembali ke Makkah. Di Tanaim, anda boleh berniat Umrah jika ingin mengerjakan Umrah lagi.
Hari 06 hingga 07 - MAKKAH
Acara bebas untuk mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadat Umrah atau urusan peribadi.(Hari 06 hingga 07, acara bebas di Makkah).
Hari 08 - MAKKAH/JEDDAH/ KAHERAH
Selepas mengerjakan tawaf Selamat Tinggal, anda berangkat ke Jeddah untuk meneruskan penerbangan ke Kaherah.Wakil kami akan menyambut ketibaan anda dan akan dibawa ke hotel untuk berehat.
Hari 09 - KAHERAH
Anda dibawa melawat Memphis dan Saqqara.Selepas makan tengah hari, anda dibawa ke Piramid,Spinx dan seterusnya ke Khan Khalliti , sebuah pusat membeli- belah.
Hari 10 - KAHERAH
Melawat Muzium Mesir, selepas makan tengahari, anda dibawa melawat ke Citadale, Masjid Muhammad Ali, Masjid Al- Azhar dan Masjid Al- Housin.
Hari 11 - KAHERAH/JEDDAH/ KUALA LUMPUR
Berlepas dari Kaherah ke Kuala Lumpur melalui Jeddah.
Hari ke 12 - KUALA LUMPUR

Tiba di Kuala Lumpur pada jam 3.30 petang.


PERHATIAN : Jadual /Aturcara tertakluk kepada perubahan.

PERNERBANGAN SAUDI AIRLINES


(15 HARI / 12 MALAM)

Hari 01:
Berlepas dari K.Lumpur ke Jeddah dengan pesawat SAUDIA AIRLINES.
Hari 02:
Tiba di Jeddah , disambut oleh wakil ITT untuk meneruskan perjalanan ke Madinah dengan pesawat SAUDIA AIRLINES. Ziarah ke Makam Rasullah S.A.W dan perkuburan Baqi’.(SP/MT/MM)
Hari 03:
Acara bebas. Ziarah ke tempat-tempat bersejaah disekitar Kota Madinah, Masjid Quba’, Malam Syuhada’ (jabal Uhud)Masjid Qiblatian Masjid Tujah dan Pasar Kurma.
Hari 04:
Kepada yang hendak ke Masjid Quba secara berkumpulan boleh diuruskan oeh bas.
Hari 05:
Selepas Ziarah Wada’ ,jemaah berangkat ke jeddah dengan pesawat SAUDIA AIRLINES untuk ke Mekah dengan menaiki kenderaan berhawa dingin, mengerjakan Umrah.(SP/MT/MM)
Hari 06:
Ziarah ke tempat bersejarah di sekitar Kota Mekah Jabal Thur, Jabal Nur Mina, Mudzalifah, Arafah (Jabal Rahman) dan Jaarahal untuk berniat umrah.
Hari 07:
Ke Tanaim untuk niat Umrah.
Hari 08:
Acara bebas. Jemaah yang hendak pergi Umrah berkelompok akan diuruskan bas.
Hari 09:
Acara bebas. Jemaah yang hendak pergi Umrah berkelompok akan diuruskan bas.
Hari 10:
Acara bebas. Jemaah yang hendak pergi Umrah berkelompok akan diuruskan bas.
Hari 11:
Acara bebas. Jemaah yang hendak pergi Umrah berkelompok akan diuruskan bas.
Hari 12:
Acara bebas. Jemaah yang hendak pergi Umrah berkelompok akan diuruskan bas.
Hari 14:
Selepas Mengerjakan tawaf Wida’ jemaah di bawa ke jeddah unuk lawatan serta membeli belah kemudian terus ke lapangan terban pulang ke Kuala Lumpur dengan pesawat. (SP/MT/MM)
Hari 15:
Tiba di Kuala Lumpur

Nota:

. (SP/MT/MM) ialah Sarapan Pagi/makan tengahari/makan Malam.

. jadual Waktu perjalanan dan aturcara adalah tertakluk kepada pindaan.

PENERBANGAN SAUDIA AIRLINES








PENERBANGAN SAUDIA AIRLINES

[12 HARI / 8 MALAM]

Hari 01
Berlepas dari Kuala Lumpur ke Jeddah dengan pesawat SAUDIA AIRLINES
Hari 02
Tiba di Jeddah , disambut oleh wakil ITT untuk meneruskan perjalanan ke Madinahdengan pesawat SAUDIA AIRLINES. Ziarah ke makam Rasullalah S.A.W. dan perkuburan Baqi’
[SP/MT/MM]
Hari 03
Ziarah ke tempat-tempat bersejarah di sekitar Kota Madinah , Masjid Quba , Makam Shuhada ‘ [Jabal Uhud] Masjid tujah Masjid Qiblatain dan Pasar Kurma.
Hari 04
Selepas Ziarah Wida’ jemaah berangkat ke Jeddah dengan pesawat SAUDIA AIRLANES untuk ke Mekah dengan menaiki kenderaan berhawa dingin , mengerjakan Umrah
Hari 05
Ziarah ke tempat-tempat bersejarah di sekitar Kota Mekah , Jabal Thur , Jabar Nur ,Mina , Muzdalifah Arafah [Jabal Rahman dan ke Jaaranul untuk berniat Umrah].
Hari 06
KE Tanaim untuk berniat Umrah .
Hari 07
Acara Bebas .[Untuk umrah berkelompok boleh diuruskan bas]
Hari 08
Acara Bebas .[Untuk umrah berkelompok boleh diuruskan bas]
Hari 09
Acara bebas.[Untuk umrah berkelompok boleh diuruskan bas]
Hari 10
Acara bebas.[Untuk umrah berkelompok bole diuruskan bas]
Hari 11
Selepas mengerjakan Tawaf Wida ‘ jemaah di bawa ke jeddah untuk lawatan serta membeli belah kemudian terus ke lapangan terbang untuk berlepas pulang ke Kuala Lumpur dengan pesawat [SP/MT/MM]
Hari 12
Tiba di Kuala Lumpur.

Nota
[SP/MT/MM] ialah sarapan pagi/makan tengah hari dan makan malam . Jadual waktu perjalanan dan aturcara adalah tertakluk kepada pindaan .

PENERBANGAN SAUDI AIRLINE


PENERBANGAN SAUDI AIRLINE

ATUCARA PERJALANAN

(10 Hari / 7 malam)

(Berlepas dari Lapangan Terbang KLIA)
Hari 01:
Berlepas dari Kuala Lumpur ke Jeddah dengan pesawat SAUDI AIRLINES.
Hari 02:
Tiba di Jeddah, disambut oleh wakil ITT dan dibawa ke Terminal SAUDI AIRLINE untuk meneruskan perjalanan ke Madinah dengan pesawat SAUDIA AIRLINES. Ziarah ke Makam Rasulullah S.A.W dan perkuburan Baqi'.(SP/MT/MM).
Hari 03:
Ziarah ditempat sejarah di Madinah seperti Masjid Quba', Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh (Tempat Peperangan Khandak dan membeli kurma di Pasar Kurma.)
Hari 04:
Selepas Ziarah Wida', jemaah berangkat ke Jeddah dengan pesawat SAUDI AIRLINE untuk ke Mekah dengan menaiki kenderaan berhawa dingin, mengerjakan umrah. (SP/MT/MM)
Hari 05:
Ziarah ke tempat sejarah Jabal Thur, Mina, Mudzalifah Arafah(Jabal Rahman), Jabal Nur Jaasanah: Di Jaalanah niat untuk Umrah.
Hari 06:
Ke Tanaim untuk berniat Umrah.
Hari07:
Acara bebas, jemaah boleh melakukan Umrah dan pihak kami boleh menguruskan kenderaan.
Hari 08:
Acara bebas, jemaah boleh melakukan Umrah dan pihak kami boleh menguruskan kenderaan.
Hari 09:
Selepas Tawaf Wida' jemaah di bawa ke Jeddah untuk lawatan serta membeli-belah kemudian terus ke lapangan terbang untuk berlepas pulang ke Kuala Lumpur. (SP/MT)
Hari 10:
Tiba di Kuala Lumpur.

Nota:

*(SP/MT/MM) ialah Sarapan Pagi/Makan Tengahari/Makan Malam. *Jadual waktu perjalanan dan atucara adalah tertakluk kepada pindaan.

Ahad, 18 Julai 2010

Pakej Umrah



Pakej Umrah adalah termasuk kesemua perbelanjaan “dari KLIA ke KLIA” seperti kos tiket penerbangan, kos Visa Umrah, hotel dan makan minum di Mekah dan Madinah, pengangkutan bas ke destinasi-destinasi utama Madinah, Mekah dan Jeddah, buku panduan Umrah dan Doa, beg sangkut (sling bag), beg jinjing (travel bag). Lama masa pakej adalah 2 minggu (11 – 15 hari). Cuti sekolah Mei/Jun adalah selama 2 minggu dan Cuti Sekolah Ogos adalah selama 1 minggu sering menjadi pilihan ramai jemaah untuk mengerjakan Umrah. Umrah paling awal dalam setahun ialah pada hujung bulan Mac apabila urusan Visa Umrah mula dibuka. Terdapat 2 jenis pakej Umrah yang kami tawarkan iaitu : (A) Pakej Bimbingan Ustaz Mohammad adalah sebanyak 4 kali dalam setahun iaitu Umrah hujung Mei/awal April, Umrah Cuti Sekolah Mei/Jun, Umrah Cuti Sekolah Ogos dan Umrah Ramadan. (Ustaz Mohammad sendiri mengendali dan membimbing Jemaah Umrah di Tanah Suci). (B) Pakej Umrah Biasa – pihak Syarikat menguruskan segala urusan di Tanahair, manakala jemaah Haji akan disambut dan diurus di Tanah Suci oleh wakil-wakil Syarikat seperti Ustaz Fakhri Zaini (kawan Ustaz Muhammad, dimana dia dan keluarga adalah orang Malaysia yang menetap di Mekah). Pakej Umrah seperti ini boleh diuruskan pada bila-bila masa. Kebanyakan agensi-agensi pelancungan membuat urusan atau menghantar Jemaah Umrah dengan cara begini.

Tarikh atau masa Pakej-pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut (mengikut yang terawal hingga yang terakhir)

*PAKEJ ISTIMEWA UMRAH TERBUKA KEPADA PELAJAR & ORANG YANG BERKELAYAKAN SAHAJA HANYA BAYARAN DARI RM1500.00 TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT.
*PAKEJ ISTEMEWA UMRAH MUSIM SEJUK ( 21 DIS 2010) DENGAN HANYA RM5900. TERBUKA HANYA 100 JEMAAH SAHAJA.
*PAKEJ ISTEMEWA UMRAH AWAL MUSIM (12 MAC 2011) DENGAN HANYA RM3500. TERBUKA HANYA 100 JEMAAH SAHAJA. -PENDAFTARAN SEBELUM 27/07/2010.
*PAKEJ UMRAH SELESA HARGA TERENDAH ~ terbuka pada bila-bila masa.
Harga HANYA RM3200 sahaja termasuk segalanya kecuali pasport saha...ja buat sendiri..

Bayaran deposit RM1200 di sertai dengan syarat menjadi ahli IMPIAN sebanyak RM290 sahaja seumur hidup.. Bayaran bakinya hendaklah di jelaskan sebelum sebulan dari tarikh bertolak. Tempoh penghantaran sebelum 18 bulan dimana syarikat akan memilih bulan yang sesuai dengan harga pakej.. PEMBERITAHUAN tarikh sebenar awal 3 bulan dari tarikh bertolak.. Dalam tempoh 18 bulan jaminan wang akan diberi dan selepas 6 bulan peserta yang menarik diri wang akan dipulangkan penuh kepada peserta bermasalah.

Kursus Umrah (2minggu sebelum berlepas)





















Kursus Umrah tidak dianjurkan oleh Tabung Haji Malaysia seperti kursus-kursus Haji. Kursus Umrah dianjurkan oleh syarikat agensi pelancungan atau orang-orang persendirian di masjid, surau atau tempat-tempat tertentu. Kursus Umrah bagi jemaah Pakej Umrah saya diadakan sekitar 2 minggu sebelum berlepas ke Tanah Suci. Sila dapatkan tarikh-tarikhnya di Pejabat Urusan. Kursus diadakan hanya satu kali dan memakan masa selama 3 jam. Semasa Kursus Umrah, buku-buku panduan dan doa, beg-beg hadiah untuk jemaah akan diberikan. Kursus-kursus Umrah diadakan di banyak tempat bergantung bilangan jemaah Umrah yang berdaftar di tempat tersebut. Kursus Umrah Khas juga sering diadakan di rumah atas permintaan dan bilangan jemaah yang akan terlibat. Biasanya orang ramai akan memilih mengunakan dewan kuliah di bangunan pejabat kami.

Cara Ibadah

UMRAHOleh : IMPIAN TRAVEL & TOURS (001949708 – M)

Seseorang yang melakukan Umrah mesti melakukan 4 perkara rukun iaitu Niat Umrah, Tawaf Umrah, Saie Umrah dan Gunting Umrah. Ketika melakukan 4 rukun di atas, dia mesti melakukan 2 perkara wajib iaitu Berniat di Miqat dan Berpantang Larang.

1) NIAT UMRAH
1.1) PERSEDIAAN BERNIAT
1. Mengerat kuku.
2. Menanggal bulu.
3. Mandi.
4. Memakai minyak rambut dan bau-bauan.
5. Memakai pakaian putih.
6. Solat sunat ihram

1.2) MIQAT UMRAH
a) Miqat Zamani (Masa) Pada bila-bila masa.
b) Miqat Makani (Tempat).• Bagi Penduduk Mekah adalah di Tanah Halal.• Bagi Penduduk Jauh ( Afaq / أفاق ) ialah Qarnul Manazil – jika datang dari arah Timur seperti Malaysia, Teluk Parsi dll.• Bi’r Ali (Zulhulaifah) – jika datang dari arah Madinah dan utaranya.

1.3) NIAT UMRAHنَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا ِللهِ تَعَالَىْ“Sengaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram kerananya kerana Allah Taala”.

1.4) TALBIYAHSunat bertalbiyah selepas berniat Umrah sehinggalah seseorang itu hendak memulakan Tawaf Umrah. Lafaz Talbiyah berbunyi :لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ , لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ , إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ , لاَ شَرِيْكَ لَكَ .

1.5) PANTANG LARANG IHRAM
1. Menutup kepala (lelaki).
2. Pakaian bersarung (lelaki).
3. Menutup muka (wanita).
4. Memakai sarung tangan.
5. Memakai bau-bauan.
6. Memakai minyak rambut.
7. Menanggalkan bulu.
8. Mengerat kuku.
9. Memotong pokok Tanah Haram.
10. Membunuh binatang buruan yang halal dimakan di Tanah Haram atau Tanah Halal.
11. Bersetubuh.
12. Pendahuluan persetubuhan.
13. Akad nikah.

Pantang larang di atas berkuatkuasa sebaik setelah berniat Umrah dan tamat sebaik setelah berTahallul.

2) TAWAF UMRAH
2.1) Syarat-syarat Tawaf
1. Suci dari hadas besar dan hadas kecil.
2. Suci badan, pakaian dan tempat.
3. Menutup aurat seperti dalam solat.
4. Mula tawaf di sudut Hajar Aswad.
5. Kaabah sentiasa di sebelah kiri.
6. Bertujuan Tawaf.
7. Cukup 7 keliling dengan yakin.
8. Tawaf di dalam Masjid dan di luar Kaabah..

2.2) Sunat-sunat Tawaf
1. Berjalan kaki (kecuali jika uzur).
2. Berittibak (buka bahu kanan bagi lelaki).
3. Ramal / berlari-lari anak Pusng 1,2,3).
4. Istilam Hajar Aswad & Rukun Yamani.
5. Membaca zikir dan doa. (Lihat doa-doa di buku-buku Panduan Umrah).
6. Berturut-turut 7 pusingan.
7. Tawadhuk dan khusyuk.
8. Solat Sunat Tawaf di Maqam Ibrahim.
9. Berdoa di Multazam.
10. Minum air Zam-zam sambil berdoa.

3) SAIE UMRAH
3.1) Syarat-syarat Saie
1. Dilakukan selepas Tawaf Umrah.
2. Mula di Bukit Safa.
3. Cukup 7 perjalanan dengan yakin.
4. Saie hingga sampai ke hujung.
5. Saie di Batnul Wadi (landasan).
6. Bertujuan Saie.

3.2) Sunat-sunat Saie
1. Ke tempat Saie melalui Pintu Safa.
2. Naik Bukit hingga sampai ke batu.
3. Di bukit, menghadap Kiblat, angkat kedua-dua tangan dan bertakbir.
4. Berlari-lari anak (bagi lelaki sahaja) di antara 2 tiang hijau sambil berdoa di bawah ini :
رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ , وَاعْفُ وَتَكَرَّمْ , وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمُ , إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا لَمْ نَعْلَمُ , إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ اْلأَعَزُّ اْلأَكْرَمُ
1. Berturut-turut 7 perjalanan.
2. Berwuduk.
3. Berjalan kaki (kecuali jika uzur).
4. Berdoa. (Lihat doa-doa di buku-buku Panduan Umrah).

4) GUNTING UMRAH
4.1) Syarat-syarat Gunting Umrah
1. Dilakukan setelah selesai Saie Umrah.
2. Menggugurkan rambut kepala sekurang-kurangnya 3 helai.
4.2) Sunat-sunat Gunting
1. Bercukur bagi lelaki.
2. Berdoa ketika bergunting. (Lihat doa-doa di buku-buku Panduan Umrah).
3. Melalukan mata pisau di atas kepala jika seseorang tidak mempunyai rambut.

TAHALLUL & TAMAT UMRAH Setelah bergunting atau bercukur, sempurnalah Umrah yang dilakukan dan sekaligus tamatlah ihram atau pantang larangnya (Tahallul). DOA-DOADoa-doa ketika bertawaf, bersaie dan bergunting terdapat di dalam buku-buku panduan Haji dan Umrah dalam pasaran.

AGENSI PELANCONGAN

-Pengurusan Jemaah Umrah & Haji (Malaysia,Singapura & Indonesia).

-Pengurusan Visa, Tempahan Tiket Penerbangan Antarabangsa.

-Pakej Pelancongan Keluarga, Syarikat, Badan Korporat, NGO<>

-Kursus Umrah & Haji (malaysia).

-Perkhidmatan Katering Sebarang Majlis.

-Perkhidmatan Kompang, Berzanji & Marhaban.

Mohon Pakej Umrah


Sila hubungi Pejabat kami di talian 04 - 5822058 (En. Azhar 017 - 4600058) atau Tuan Shar 017 - 2728035) dengan menyatakan nama-nama dan nombor telefon yang akan pergi bersama-sama anda. Anda boleh juga mendaftar dengan menghantar nama-nama melalui SMS dan anda akan dihubungi seterusnya. Sila maklumkan jika ada peserta yang berumur kurang dari 12 tahun (child) dan kurang dari 2 tahun (infant). @ datang terus ke pejabat kami di No66, Tingkat 1, Jalan Jawi Jaya 1, Taman Jawi Jaya, 14200 Sg. Jawi, Pulau Pinang.
Dokumen-dokumen yang diperlukan dari bakal jemaah Umrah yang sedang memohon adalah
1. Paspot Antarabangsa (sahlaku 6 bulan dan ada 2 muka surat kosong dan bersebelahan),
2. 4 keping foto berukuran 4 cm x 6 cm, berlatar belakang warna putih.
3. salinan Surat Beranak jika kurang dari 12 tahun.

Isnin, 12 Julai 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera


"PERCUTIAN, KERIANGAN BERSAMA KELUARGA & TEMAN SAMBIL MENJANA PENDAPATAN" JOM MELANCONG 3 HARI 2 MALAM KE PUSAT2 PERANGINAN TERKENAL DALAM MALAYSIA SERENDAH RM400 SAMBIL MENAMBAH PENDAPATAN & PELUANG KE UMRAH BAGI PESERTA YANG AKTIF & BERWAWASAN.....