Powered By Blogger

Ahli

Ahad, 18 Julai 2010


Cara Ibadah

UMRAHOleh : IMPIAN TRAVEL & TOURS (001949708 – M)

Seseorang yang melakukan Umrah mesti melakukan 4 perkara rukun iaitu Niat Umrah, Tawaf Umrah, Saie Umrah dan Gunting Umrah. Ketika melakukan 4 rukun di atas, dia mesti melakukan 2 perkara wajib iaitu Berniat di Miqat dan Berpantang Larang.

1) NIAT UMRAH
1.1) PERSEDIAAN BERNIAT
1. Mengerat kuku.
2. Menanggal bulu.
3. Mandi.
4. Memakai minyak rambut dan bau-bauan.
5. Memakai pakaian putih.
6. Solat sunat ihram

1.2) MIQAT UMRAH
a) Miqat Zamani (Masa) Pada bila-bila masa.
b) Miqat Makani (Tempat).• Bagi Penduduk Mekah adalah di Tanah Halal.• Bagi Penduduk Jauh ( Afaq / أفاق ) ialah Qarnul Manazil – jika datang dari arah Timur seperti Malaysia, Teluk Parsi dll.• Bi’r Ali (Zulhulaifah) – jika datang dari arah Madinah dan utaranya.

1.3) NIAT UMRAHنَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا ِللهِ تَعَالَىْ“Sengaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram kerananya kerana Allah Taala”.

1.4) TALBIYAHSunat bertalbiyah selepas berniat Umrah sehinggalah seseorang itu hendak memulakan Tawaf Umrah. Lafaz Talbiyah berbunyi :لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ , لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ , إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ , لاَ شَرِيْكَ لَكَ .

1.5) PANTANG LARANG IHRAM
1. Menutup kepala (lelaki).
2. Pakaian bersarung (lelaki).
3. Menutup muka (wanita).
4. Memakai sarung tangan.
5. Memakai bau-bauan.
6. Memakai minyak rambut.
7. Menanggalkan bulu.
8. Mengerat kuku.
9. Memotong pokok Tanah Haram.
10. Membunuh binatang buruan yang halal dimakan di Tanah Haram atau Tanah Halal.
11. Bersetubuh.
12. Pendahuluan persetubuhan.
13. Akad nikah.

Pantang larang di atas berkuatkuasa sebaik setelah berniat Umrah dan tamat sebaik setelah berTahallul.

2) TAWAF UMRAH
2.1) Syarat-syarat Tawaf
1. Suci dari hadas besar dan hadas kecil.
2. Suci badan, pakaian dan tempat.
3. Menutup aurat seperti dalam solat.
4. Mula tawaf di sudut Hajar Aswad.
5. Kaabah sentiasa di sebelah kiri.
6. Bertujuan Tawaf.
7. Cukup 7 keliling dengan yakin.
8. Tawaf di dalam Masjid dan di luar Kaabah..

2.2) Sunat-sunat Tawaf
1. Berjalan kaki (kecuali jika uzur).
2. Berittibak (buka bahu kanan bagi lelaki).
3. Ramal / berlari-lari anak Pusng 1,2,3).
4. Istilam Hajar Aswad & Rukun Yamani.
5. Membaca zikir dan doa. (Lihat doa-doa di buku-buku Panduan Umrah).
6. Berturut-turut 7 pusingan.
7. Tawadhuk dan khusyuk.
8. Solat Sunat Tawaf di Maqam Ibrahim.
9. Berdoa di Multazam.
10. Minum air Zam-zam sambil berdoa.

3) SAIE UMRAH
3.1) Syarat-syarat Saie
1. Dilakukan selepas Tawaf Umrah.
2. Mula di Bukit Safa.
3. Cukup 7 perjalanan dengan yakin.
4. Saie hingga sampai ke hujung.
5. Saie di Batnul Wadi (landasan).
6. Bertujuan Saie.

3.2) Sunat-sunat Saie
1. Ke tempat Saie melalui Pintu Safa.
2. Naik Bukit hingga sampai ke batu.
3. Di bukit, menghadap Kiblat, angkat kedua-dua tangan dan bertakbir.
4. Berlari-lari anak (bagi lelaki sahaja) di antara 2 tiang hijau sambil berdoa di bawah ini :
رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ , وَاعْفُ وَتَكَرَّمْ , وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمُ , إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا لَمْ نَعْلَمُ , إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ اْلأَعَزُّ اْلأَكْرَمُ
1. Berturut-turut 7 perjalanan.
2. Berwuduk.
3. Berjalan kaki (kecuali jika uzur).
4. Berdoa. (Lihat doa-doa di buku-buku Panduan Umrah).

4) GUNTING UMRAH
4.1) Syarat-syarat Gunting Umrah
1. Dilakukan setelah selesai Saie Umrah.
2. Menggugurkan rambut kepala sekurang-kurangnya 3 helai.
4.2) Sunat-sunat Gunting
1. Bercukur bagi lelaki.
2. Berdoa ketika bergunting. (Lihat doa-doa di buku-buku Panduan Umrah).
3. Melalukan mata pisau di atas kepala jika seseorang tidak mempunyai rambut.

TAHALLUL & TAMAT UMRAH Setelah bergunting atau bercukur, sempurnalah Umrah yang dilakukan dan sekaligus tamatlah ihram atau pantang larangnya (Tahallul). DOA-DOADoa-doa ketika bertawaf, bersaie dan bergunting terdapat di dalam buku-buku panduan Haji dan Umrah dalam pasaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan