Powered By Blogger

Ahli

Ahad, 18 Julai 2010

Kursus Umrah (2minggu sebelum berlepas)





















Kursus Umrah tidak dianjurkan oleh Tabung Haji Malaysia seperti kursus-kursus Haji. Kursus Umrah dianjurkan oleh syarikat agensi pelancungan atau orang-orang persendirian di masjid, surau atau tempat-tempat tertentu. Kursus Umrah bagi jemaah Pakej Umrah saya diadakan sekitar 2 minggu sebelum berlepas ke Tanah Suci. Sila dapatkan tarikh-tarikhnya di Pejabat Urusan. Kursus diadakan hanya satu kali dan memakan masa selama 3 jam. Semasa Kursus Umrah, buku-buku panduan dan doa, beg-beg hadiah untuk jemaah akan diberikan. Kursus-kursus Umrah diadakan di banyak tempat bergantung bilangan jemaah Umrah yang berdaftar di tempat tersebut. Kursus Umrah Khas juga sering diadakan di rumah atas permintaan dan bilangan jemaah yang akan terlibat. Biasanya orang ramai akan memilih mengunakan dewan kuliah di bangunan pejabat kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan