Powered By Blogger

Ahli

Rabu, 3 November 2010

2H/1M KOTA BHARU, KELANTAN

Harga dari RM 290

Min Pax : 40 Orang

HARI 1 DESTINASI – KOTA BHARU (B,L,D)

Berkumpul di lokasi yang ditetapkan. Menaiki bas untuk bertolak ke Kota Bharu pada pukul 11.00 malam. Tiba di kota Bharu, singgah sembahyang subuh di Masjid Muhammadi yang dibina pada tahun 1916 oleh Sultan Ismail IV dan siap pada tahun 1926. Ramai tokoh agama terkenal termasuk Tok Kenali yang pernah mengajar di sini. Selepas sarapan, peserta dibawa melawat Balai Syura (Muzium Islam) yang mempamerkan sejarah Islam termasuk seni dan kraftangan Islam, photo-photo barangan peribadi Rasulullah S.A.W dan sebagainya. Seterusnya peserta ke Istana Jahar (muzium) yang mempamerkan semua aspek kebudayaan dan kesenian negeri Kelantan. Selepas zohor, meneruskan lawatan ke Perkampungan Kraftangan yang mempamerkan dan menjual seni pertukangan perak, songket dan batik. Daftar masuk hotel. Malam aktiviti bebas.

HARI 2 KOTA BHARU – BUTTERWORTH

Selepas sarapan, peserta dibawa membeli belah ke Pasar Besar Siti Khadijah, Jalan Temenggong dan Bazar Buluh Kubu. Pukul 3.00 petang, peserta bertolak pulang. Dijangka tiba pada pukul 10.00 malam.

Harga Termasuk :

• Pengangkutan bas 40 seated pergi / balik

• Penginapan hotel 2/3 orang/sebilik

• 1 sarapan, 1 makan tengahari, 1 makan malam

• Bag sandang

• Air minuman semasa lawatan

Harga tidak termasuk :

• Perbelanjaan peribadi

• Tiket masuk lokasi

Hotel : Hotel Temenggong/Hotel Suria atau yang setaraf dengannya

Nota : Harga tertakluk pada perubahan harga hotel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan